An Other Way

Kuliah Pengajian Kitab Bidayatul Hidayah

http://www.mycf10.co.uk

Deen Intensive Cardiff (DIC) 2008

Rakan-rakan yang dihormati,
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

DEEN INTENSIVE CARDIFF (DIC) 2008

Pihak Malaysian Muslim Circle dan MSSCF akan menganjurkan sebuah program ilmiyah yang diberi nama ‘Deen Intensive Cardiff 2008’.

Program ini menampilkan seorang ulama’ yang ulung bernama Ustaz Syed Abdul Kadir al-Joofre.

Beliau dilahirkan dari susur galur keturunan Rasulullah S.A.W. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Syariah dari Universiti al-Azhar, Mesir, dan seterusnya menyambung Sarjana Syariah juga di Mesir (Feqh Perbandingan Mazhab, kajian bertajuk: Hukum-hakam Masjid: Kajian Perbandingan Mazhab dan Permasalahan Kontemporari). Juga pernah menuntut dan memperolehi ijazah dan sanad dari para ulama’ di Malaysia, Singapura, Arab Saudi dan Mesir. Pengalaman berdakwah dan mengajar secara formal dan tidak formal lebih 10 tahun di pelbagai tempat di Malaysa dan kepada para mahasiswa Nusantara di Universiti al-Azhar. Beliau telah memimpin pelbagai persatuan dan aktiviti pelajar dan belia dari tahun 1996 hingga tahun 2002. Juga aktif sebagai moderator agama di iLuvIslam.com dan Raudhah.com serta penulis blog di aljoofre.blogdrive.com. Kini menetap di Kaherah, Mesir, bumi para anbiya’ dan auliya’.
Perincian program:
Tarikh: 11-12 haribulan Jun (Rabu dan Khamis)
Masa: 10.00am – 5.00pm
Tempat: Darul Isra’ Islamic Centre, Cardiff

Kuliah ilmu:
Kitab ‘Bidayatul Hidayah’ (Permulaan Hidayah) karangan Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali, kitab muqaddimah (permulaan) bagi kita agung beliau iaitu ‘Ihya’ Ulumuddin’.

Maklumat lanjut:
Layari website Malaysian Muslim Circle di http://www.mycf10.co.uk

Sila emailkan NAMA, UNIVERSITI dan ALAMAT anda kepada saudari Mahfuzah (mahfuzah98@gmail.com) untuk urusan pendaftaran.
Yuran program adalah £6 bagi menampung kos makan tengahari.

Semua digalakkan untuk hadir untuk bersama-sama menimba ilmu yang tinggi nilainya disisi Allah SWT.

Terima kasih.

Bagi pihak penganjuran program,
Azad

Leave a Reply

Powered by the wonderful publishing platform known as Wordpress